CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, August 21

HARIAN METRO-PESTA LESBIAN

wartawan kalau nak buat cerita pon biarlah berpada-pada. kenapa sepanjang hidup aku neyh tiap kali baca paper cite ttg PLU mesti cerita yang buruk2 saja nak dikeluarkan.bukan takde bende baik yang plu ne buat.malahan banyak,sana sini depa dok anjur mende2 yg mendidik ni...depa ne (wartawan) dan masyarakat terutamanya kalau betol2 homophobic pon biarlah bercakap biar berlapik,bertindak biarlah waras..

honestly aku sedih dengan berita ni.bukan semua PLU ne tak baik,bukan semua PLU ada cara hidup bebas dan buat perkara sesuka hati tanpa berfikir.kepada yang sentiasa menganggap derang ne sempurna jangan terlampau yakin hidup anda akan sempurna sampai bila2.pernah ke terpikir kalau satu hari nanti depa berkahwin,ada anak..kalau lah anak depa sendiri PLU,apa yg depa nak wat?anta berubat?mandi bunga?jumpa bomoh mintak jodoh?kurung dalam bilik...nauzubillah..pikirlah..jangan men hentam je masok suratkhabar cite bukan2.ingat kami takde perasaan naa

mungkin ada yang menganggap semua ni sebagai masalah kerana salahnya didikan ibu bapa,kecik2 da ajar cara nak jadik lelaki,padahal pompuan.kecik2 lagi da pakaikan skirt...boh mekap bagai..padalah lelaki.pastu tuduh lagi benci lelaki sbb pernah jadik mangsa rogol..then ckp depa ne ada fasa,sat g da pas remaja berubah la tuuuu.kalau senang as kacang..aku da kahwin beranak pinak da..cutting bdan aku pon da tade da potongan kerengge.

pernah gak aku ne terfikir kalau aku jadik lelaki msti aku ne da kahwen,anak da 5.segalanya sempurna..bahagia selamanya.tapi camne lak kisahnya kalau sebenarnya aku ne lelaki aku jadik gay,instead of skrg ni aku pompuan aku jadik lesbian..aku tetap aku lah katanya.

hmmm ada sorang budak borak2 ngan aku

tipah : aku gelilah ngan gay ne.
aku : ko janganlah cakap camtu,tak pasal2 ko cko camtu,adik ko sebenarnye
tipah : kalaulah camtu..aku tampar tampar muke die, isk tak ngaku aku adik!!

hmmm,perluke ko bagi statement camtu,bagus lagi aku cakap adik,kalau aku ckp anak..ape ko nak wat?haihhh kerana mulut badan binasa.jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga..sorang yg wat hal sume ko nak tuduh jahat,itu ini..

hormatlah kami sebagai PLU,honestly sebagai seorang PLU aku sendiri sentiasa mencuba utk jadi yang terbaik dalam hidup.banyak cita2 dan impian.tak kisahlah utk diri sendiri,keluarga dan kengkawan.sbb aku sedar aku tak sempurna,jadik aku sentiasa bersyukur kepada tuhan dan mintak orang2 macam aku ni sentiasa dilindungi dan diberkati tuhan..bagilah kami kemudahan hidup d dunia dan akhirat..

bukan senang jadi seseorang.tak kiralah siapa orang tu.kalau diikutkan semua orang ada masalah sendiri..tapi kenalah kita sentiasa berfikiran waras dan saling hormat menghormati sesama manusia.kalau ada salah tegur.tapi tegurlah dengan cara yang sebaiknya..janganlah main tuduh saja..

janganlah masyarakat pandang jijik seolah2 kami PLU ne najis yg sememangnya sangat busuk dan memualkan.pikirlah,setiap benda dalam dunia ni jadik ada sebabnya...

0 comments: